Monday, May 31, 2010

gawai datang lagi...

Setiap tahun, hari yang ditunggu-tunggu oleh orang dayak ialah 31hb Mei. Sudah pasti nya perayaan hari gawai dayak yang disambut oleh masyarakat dayak yang menetapkan di sarawak. Hari ini adalah 31hb mei 2010.....hari ini adalah hari gawai yang sedang berlangsung di sarawak. Tapi suasana gawai hanya terdapat di sarawak je...kat penang, memang langsung tak ada suasana gawai. Mesti best kalau dapat balik gawai...tapi tak tau lah kenapa tiba-tiba buat keputusan berani mati tak balik sibu cuti ni dan yang paling penting tak balik julau waktu gawai dayak. Mak ..ayah...leny minta maaf...leny tak balik pun ada sebab leny sendiri....Leny kena jaga hati semua pihak.Rasa sedih sangat...tau nak kata apa..rindu kat ayah, mak, adik dan saudara mara. Mereka ingat ke kat leny seperti leny ingat kat mereka sekarang ni. Mereka dapat rasa ke perasaan leny sekarang ni??..seperti yang leny rasa. Hanya tuhan je yang tahu....apa yang leny rasa, apa yang dalam hati leny. Tuhan berilah ketenangan dalam hatiku...hanya pada MU sahaja ku berserah.
first time tak sambut gawai dengan family.tak tau mcm mana nak luahan kan dengan kata-kata....yang pasti...."LOST" huhu. Bosan nya hari ni...mybe mood gawai kot.....kalau ada sayap kan boleh terbang balik ke sarawak.sekejap pun jadi lah..Mesti kat kampung tengah sibuk sekarang ni dengan pelbagai aktiviti. Mesti mak dengan auntie tengah sibuk kat dapur buat persediaan untuk "miring" petang ni. Kalau leny ada mesti leny tolong mereka sediakan barang-barang untuk miring. Mesti sepupu-sepupu leny tengah seronok je bekumpul ramai-ramai kat bilik. Mereka ingat kat leny ke waktu ni???ada tak mereka sebut nama leny..walaupun tengah sibuk...ada kot..coz rindu sangat kat mereka.....
Saya TAK AKAN sambut gawai di tempat lain lagi selain dari sarawak.Tak kira sarawak pelusuk mana pun...tapi asal sarawak. Apapun... saya bangga menjadi anak Iban. saya mengucapkan selamat hari gawai kepada semua orang dayak terutamanya kepada keluarga saya yang berada di Julau sekarang ni....semoga tahun baru ini membawa kita kepada kebahagian dan perhubungan persaudaraan yang kukuh.