Tuesday, December 20, 2011

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

Hari berganti hari, minggu silih berganti...akhirnya tahun 2011 tiba di penghujungnya. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui sepanjang tahun ini. Suka, duka, ketawa dan air mata menjadi teman yang amat setia dalam menempuh kehidupan dalam tahun 2011. Dan ia akan menjadi sebuah pengalaman yang bermakna untuk kenangan kita bersama. Saya sentiasa mendoakan kebahagian semua dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadikanlah kata-kata mutiara ini sebagai pegangan kita untuk menempuh tahun 2012 kerana kata-kata ini dirasakan sesuai dengan situasi yang bakal kita tempuh pada tahun 2012. Semoga kata-kata ini menjadi pegangan kita dalam meniti erti sebuah kehidupan.


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

Friday, December 2, 2011

"ombak rindu"

Ombak rindu antara novel yang paling laris di pasaran. Ia antara novel kesayanganku suatu masa dulu. Kisah dalam novel itu menyebabkan kita tak pernah jemu untuk membaca. Sehingga kita dapat rasa apa yang watak itu rasa. Bila dia rasa sedih..kita akan menangis. Bila dia gembira kita rasa part tu yang paling membahagiakan dia. Memang tidak dapat dinafikan Fauziah Ashari memang seorang novelis yang sangat famous selain dari siti rosmizah...sehingga kita tertunggu-tunggu novel yang terbaru hasil karya mereka. Kepada pengemar novel pastinya hari ini hari yang ditunggu-tunggu untuk melihat karya ini diadaptasikan dalam filem. Memang dalam jangkakan 95% yang datang tengok filem ombak rindu adalah perempuan dan pastinya pengemar novel tersebut..Penuh cinema tu sehingga terpaksa duduk paling depan lagi tu...apapun rasa puas sebab dah tengok filem ini..walaupun feeling tengok cerita ni tak lah seperti membaca novel...nasib baik ada aaron aziz sebagai penyelamat dalam menghidupkan filem ini...

Selepas tengok movie ini. mengingatkan kita zaman muda-muda dulu.Dalam usia belasan tahun....rasa dah tua lah pulak sekarang ni...rasa sekejapnya masa berlalu...tapi yang pasti novel ini masih diminati sehingga kini...


"CINTA TAK KEJAM...CUMA MANUSIA YANG TAK PANDAI MENGHARGAI CINTA".