Wednesday, December 30, 2009

My hometown...

Pejam celik pejam celik....berakhirlah tahun 2009. Terasa cepat masa berlalu dan usia pun makin meningkat....namun cuti semester ini terasa sekejap sahaja walaupun cuti ini memakan masa sebulan. Kebanyakkan masa cuti ini dihabiskan di rumah sahaja tanpa membuat apa-apa yang dirasakan berfaedah...makan tidur je lah jawabnye....Entah kenapa rasa terlalu letih semester lepas...mungkin belum membiasakan diri dengan pelajaran di peringkat master...oleh itu cuti ini dinanti-nantikan untuk berehat sepenuhnya... Tapi yang seronoknya...dapat balik kampung ayah di Julau walaupun hanya 4 hari sahaja....yang paling seronok pastinya sepupu dan adik yang suka mandi sungai....letih nak jaga tiap-tiap hari mesti nak mandi sungai je..kita yang kena jaga. So sambil jaga mereka mandi...layan lah perasaan...hahaha















Pemandangan yang dilalui sepanjang perjalanan balik ke rumah panjang....berehat sebentar sambil mengambil gambar.... adakah 10 tahun akan datang...pemandangan seperti itu masih ada di kawasan tersebut...?? Yang mana menjadi pilihan kita...pembangunan atau keindahan sumber alam yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada kita??







Antara sungai yang terdapat di dalam perjalanan untuk balik ke kampung...air sungai keruh(kotor) ...hujan yang lebat setiap hari menyebabkan air sungai kotor...lumpur-lumpur. Selalunya bulan 12 ..banjir akan melanda di Julau..tapi pada bulan-bulan yang lain. Air sungai sangat jernih...air yang kebiru-biruan dan akan dapat melihat batu-batu di dasar air sungai yang cetek....namun ada bahagian air sungai yang sangat dalam...tapi jangan lupa...air yang tenang jangan disangka tiada buaya...tu yang menyebabkan takut mandi di sungai. Dulu waktu kecil manalah kenal erti takut...dah besar ni semua nya takut...huhuhu




Sepanjang cuti dihabiskan di Sibu....suasana di Sibu jauh berbeza jika dibandingkan dengan Penang. Awal bulan 12 sudah terdapat lagu-lagu krimas di mana-mana sahaja...mendengar lagu krismas menyebabkan hati sangat gembira...tak tau kenapa...keseronokan krismas tahun ini sangat terasa...mungkin sudah lama tidak menyambut krismas di Sibu. Setiap menjelang hari krismas mesti di Penang. Suasana sangat jauh berbeza di sibu...semakin menjelang krismas semkain banyak pokok-pokok krismas yang terdapat di bandar sibu yang perbagai warna dan corak....sangat menarik pada waktu malam....setiap jalan akan terdapat pokok-pokok yang dihiasi cantik dan santa....








Singgah sebentar di Kuching...jalan-jalan cari makan. Waterfront Kuching...menghabiskan masa satu hari di kuching sebelum naik flight malam ke penang...sampai di penang dalam pukul 11 malam...huhu
Bermula lah kehidupan sebagai seorang pelajar...yang pasti sibuk dengan kelas, assigment, tesis dan banyak lagi yang berkaitan...huhuhu. Esok kelas aset...harap-harap dapat memahami dan memberi tumpuan yang sepenuhnya...