Friday, September 9, 2011

me & kfc


Cuti sempena raya tahun ini dihabiskan dengan bekerja di kfc...selalunya sekiranya cuti pasti akan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Yang pastinya akan pergi ke tempat-tempat pelancongan. Entah tak tau macam mana tahun ini tiba-tiba pula tersimpang jauh dari kebiasaannya. Ingatkan cuti raya ni dihabiskan kat langkawi...tapi rupanya kat kfc. Dah lah dah beli tiket airasia...tapi burn cam tu je huhuhu...ini dijah punya pasal lah ni....


Tak pernah terfikir akan habiskan masa bekerja kat kfc sempena cuti dari 27/8/2011 sehingga 4/9/2011...sememangnya saya mengaku denga sejujurnya..menunggu saat untuk pergi kerja di kfc..ia membawa seribu satu perasaan...seribu satu persoalan. memang tak dapat tidur malam tu...


First time bekerja di tempat seperti itu memang jauh berbeza dengan PLKN... Hari pertama bekerja memang rasa nak menangis...dah lah customer sangat ramai. dah lah tak tau nak buat apa. Keadaan persekitaran memang sangat berbeza. Hari pertama bekerja saya just lebih kepada menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cuba untuk belajar masuk ke dalam persekitaran tersebut. Pengalaman pertamalah katakan...rasa kekok, janggal semua ada...memang jauh berbeza dengan kehidupan saya.. Ini belum lagi ditambahkan masalah dengan customer...dah lah di kfc macam2 menu yang ada...nak ingat semua menu tu pulak masalah...memang saya down betul hari tu..kalau tak ingatkan kata-kata didik...pasti tak turun esok..

Hari kedua saya bangun awal...saya study menu-menu kat kfc dulu sebelum masuk kerja pukul 12 tengah hari...sedikit sebanyak ia membantu saya pada hari tersebut. Dari hari ke hari saya rasa ada peningkatan. Ini pun sokongan dari kawan-kawan di kfc..mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya...terima kasih semua...


Pada 30 ogos, hari raya pertama memang pelanggan sangat ramai..tak kira kaum cina, india dan melayu ..hari tu sangat letih...kalau di sarawak... kalau musim perayaan seperti tahun baru cina, hari raya dan hari gawai..bandar sibu akan sunyi walaupun cuti sekolah...Terutamanya hari pertama dan kedua perayaan tersebut. Memang sunyi je dan banyak shoping complex yang akan ditutup. Tapi keadaan disini memang jauh berbeza...mungkin pembangunan yang pesat so keadaan pun berubah. Sejujurnya saya suka pembangunan tapi saya tak suka pembangunan yang menghakis budaya kita. Tapi adakah pembangunan yang harus dipersalahkan? Sedangkan ia bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Ditangan kita ada pisau..ada timun. Terpulang kepada kita nak buat macam mana pun nak potong timun tersebut.


Sejujurnya saya sangat merindui saat bekerja di kfc...ia memberi banyak pengalaman dalam hidup saya. Kebanyakkan pekerja kat kfc adalah pelajar dari kolej dan universiti...Semangat bekerjasama dan berpasukan memang sangat ketara. Walaupun letih melayan kerenah customer namun kami tetap enjoy. Walaupun tengah sibuk macam mana pun tapi tetap ada yang buat lawak... Seribu satu kerenah customer...ia mengajar kita erti kesabaran dan komunikasi yang baik...macam mana kita berkomunikasi dengan pelanggan. Dan tak semua mereka faham pun apa yang kita cakap...waktu tu lah memerlukan kesabaran. macam-macam kerenah yang ada. Kalau kita cakap menu yang di pesan tak available waktu tu..kita yang kena marah huhuhu. macam-macam lah kerenah mereka....tapi bila ingat balik rasa seronok pula..lucu pun ada....