Thursday, November 22, 2012

Seminar RUT Ke-3

Akhirnya berakhir sudah seminar RUT yang ke-3 selama dua hari. Perasaan berdebar-debar juga sepanjang seminar RUT yang ketiga ini berlangsung. Namun saya sangat bersyukur kerana seminar ini telah berjalan dengan lancarnya. Mungkin ada serba sedikit kekurangan, namun kami dari pihak urusetia akan cuba untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Seminar RUT ini merupakan satu perjumpaan semuah ahli-ahli RUT dari pelbagai universiti tidak kira dari Malaysia dan Indonesia. Perjumpaan ini bertujuan untuk membentangkan kertas-kertas kerja daripada semua ahli-ahli penyelidik setiap enam bulan sekali. Oleh itu, perjumpaan ini adalah sangat penting untuk melihat perkembangan setiap kluster dalam RUT ini. Malahan dalam perjumpaan ini akan membincangkan hala tuju dan perkembangan kluster tersebut. Seminar ini sebagai platform untuk berjumpa dan berbincang tentang RUT.

Selama dua hari ini kami berusaha untuk menjayakan RUT ini. Dan akhirnya ia selesai dengan jayanya. Saya rasa sangat lega kerana seminar ini telah berjaya dan dapat meningkatkan lagi percapaian RUT. Bagi saya setiap kejayaan sesebuah program itu adalah bertitik tolak daripada setiap insan yang menguruskannya. Sejauhmana berjaya atau kecundangnya program/ seminar/ conference adalah daripada team work itu sendiri. Tanpa team work yang kuat agak sukar untuk menjayakan sesebuah program tersebut. Bukan saya ingin memuji seminar RUT ini berjaya  kerana kami yang uruskan. Tetapi hanya bertujuan untuk mengingati diri saya dalam menguruskan sesuatu itu team work yang kuat sangat penting. Apa yang saya maksudkan dengan team work yang kuat? Bagi saya team work yang kuat adalah insan-insan yang kita beri kepercayaan saling berkerjasama dan sepenuh hati dalam melakukan sesuatu untuk menjayakan program tersebut.

Bagi saya banyak perkara penting yang perlu diambil kira. Namun di sini saya hanya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang sangat penting dalam menjayakan sesebuah program:

1. Niat
 Bagi saya niat sangat penting kerana niat itu secara langsung akan menentukan hala tuju kumpulan tersebut. Sekiranya niat kita hanya untuk kepentingan sendiri. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan pun kepada kita dan kumpulan tersebut. Program tersebut sangat susah untuk berjaya jika dibandingkan dengan niat yang baik. Oleh itu, sebelum kita memikul sesuatu tanggungjawab itu, betulkan niat terlebih dahulu dan lakukannya dengan seikhlas hati. Kadang-kadang kita lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, cepat-cepatlah balik kepada niat asal kita dalam kumpulan tersebut. Saya selalu lalai dalam kerja, kadang-kadang saya terlupa dengan sesebuah tanggungjawab yang diamanahkan. Namun apabila tersedar, saya cepat-cepat balik kepada niat asal saya iaitu sepanjang tempoh belajar ini saya ingin menimba seribu satu pengalaman. Itu adalah niat tujuan saya sebenarnya.

2. Pembahagian tugas
Pembahagian tugas ini penting kerana untuk memudahkan dan melancarkan segala urusan dalam kumpulan tersebut. Namun sekiranya pembahagian tugas tidak dilakukan dengan betul. Ia menyukarkan program tersebut berjalan dengan lancar. Pembahagian tugas juga harus dilakukan mengikut kemampuan ahli-ahli kumpulan.

2. Bekerjasama
Seringkali kita melihat program tersebut tidak berjalan dengan lancar adalah disebabkan ahli-ahli kumpulan yang tidak bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama penting kerana setiap ahli kumpulan akan saling membantu antara satu sama lain untuk menjayakannya. Tanpa kerjasama yang baik menyebabkan perhubungan di antara setiap ahli kumpulan juga kurang selesa antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan kerjasama dalam kumpulan tidak berjaya.

Akhir sekali, melakukan sesesuatu itu biarlah semaikannya di dalam hati. Bila ia sudah bertapak dalam hati. Ia ibarat kita menjaganya dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah menjadi sebahagian daripada kita.


Sunday, July 1, 2012

JIWA SEORANG PEJUANG


saya meletakkan jiwa saya seorang pejuang

saya letakkan diri saya macam hilter

sebelum saya masuk gelanggang

saya sudah menjadi korban

saya letakkan diri saya menjadi mayat yang menjadi pejuang

jadi saya tak takut mati

kerana saya sudah mati

saya letakkan diri saya orang yang telah lama kalah

jadi saya tak perlu menang

yang penting saya berjuang

saya fight fight fight!!!!!

(Sofi Jikan)


Friday, June 29, 2012


PERSAHABATAN

Seseorang yang bergelar sahabat ibarat cahaya pagi yang menerangi hidup kita. Sahabat adalah antara anugerah tuhan yang terindah dalam melayari kehidupan kita. Seseorang yang digelar sahabat akan bersama dengan kita apabila kita dalam keadaan gembira, sedih dan kecewa. Namun sangat susah untuk kita mengekalkan sesebuah persahabatan tersebut. Terdapat beberapa perkara yang paling penting dalam sesebuah persahabatan bagi saya.

 1.Kejujuran

Dalam sesebuah persahabatan, kejujuran itu sangat penting. Ia ibarat tunjang yang penting untuk           mengekalkan sesebuah persahabatan tersebut. Tanpa kejujuran sesebuah persahabatan itu tidak akan    kekal lama kerana setiap penipuan atau benda yang disembunyikan akan terbongkar juga suatu hari nanti. Memang betul kita perlu menjaga hati seorang sahabat tapi janganlah sampai menipu. Sekiranya dia mengetahui sesuatu perkara tersebut, sedikit sebanyak hatinya akan terluka.

2. Keikhlasan

Keikhlasan dalam sesebuah persahabatan akan menyebabkan persahabatan tersebut akan berkembang mekar dari masa ke semasa. Apabila kita melakukan sesuatu perkara, kita ikhlas dalam menasihati dan memberi galakan kepadanya. Keikhlasan ini dalam perbuatan penting dalam membajai sesebuah persahabatan. Kerana sesebuah keikhalasan itu dapat dirasai oleh kita. Alangkah indahnya hidup kita, apabila dapat menemui seseorang sahabat yang sangat ihklas dalam persahabatan. Kerana keikhlasan dapat dilihat melalui tingkah lakunya, bukan sahaja dari  pertuturannya. 

3. Kemaafan

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Oleh itu, memaafkan seorang sahabat apabila dia melakukan kesalahan adalah perkara yang sangat mulia. Namun, menjadi tanda tanya juga, apabila seseorang sahabat itu melakukan perkara yang berulangkali menyakiti hati kita, mampukah kita sebagai manusia biasa tidak terasa hati sedikit pun atau untuk menunjukkan kita seorang pemaaf, kita akan memaafkannya. Tapi tipulah, sedikit sebanyak hati kita akan terguris juga terutama seseorang yang kita anggap kawan yang sangat baik dalam hidup kita. 


Kesimpulannya, persahabatan itu ibarat kaca. Ia perlu dijaga kerana apabila ia pecah sangat susah untuk mencantumkan semula. Walaupun ia dapat dicantumkan semula, namun ia tetap ada kesan walaupun cuma sedikit pun.




Monday, June 25, 2012

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup ini ibarat laut. Ada pasang dan surutnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia ini. Kita menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai masalah yang timbul walaupun ia cuba untuk dihidari. Sekiranya dalam hidup ini tanpa masalah ia bukan dinamakan kehidupan. Kerana kehidupan yang sebenarnya dalam dunia ini ibarat pentas lakonan di mana kita adalah pelakonnya. Kita cuba untuk merasai kehidupan sekarang. 

Walaupun kadang-kadang kita rasa terlalu payah untuk bertahan namun cuba untuk bertahan selagi mampu. Keadaan persekitaran sebenarnya memberi kesan yang sangat besar dalam pembentukkan diri seorang insan. Kadang-kadang kita rasa sangat tertekan dan cuba untuk keluar dari tekanan tersebut. Namun hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Bak kata kawan saya, kenyataan itu pahit. Tapi tak apa, pahit itu ubat. Kenangan itu juga satu ubat untuk kita mengubati hati dari terus terluka. Sekurang-kurangnya kenangan bersama akan dapat mengurangkan lagi kesakitan yang ada dalam hati kita. Kita cuba untuk membuat yang terbaik dalam sesebuah perhubungan. Namun kadang-kadang kita sendiri yang akan terluka dengan mereka. 

 Kesimpulannya, kenangan itu lebih banyak kepahitan. Namun kepahitan itu akan lebih mendewasakan dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan. Kehidupan itu adalah guru yang terbaik untuk lebih mematangkan pemikiran dan terus berjalan mengikut arus persekitaran.

Thursday, March 1, 2012

life..

Dalam hidup kita, macam-macam benda boleh terjadi. Kadang-kadang ada cerita sedih, marah, takut dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, semalam, saya dengan roomate pun pergilah ke tesco. Dengan tujuan nak beli penyejuk udara. Lepas tengok satu-satu, akhirnya kami berdua pun nak beli la satu penyejuk udara. Keadaan bilik sangat panas. Rasa macam tak larat duduk kat bilik terutamanya tengah hari. So, kami pun bersepakat nak beli penyejuk udara.. Lepas semua selesai urusan jual-beli tersebut, kami pun nak keluar dari kaunter di tesco. Kemudian tiba-tiba kawan saya cakap, kawan dia kata kenapa nak beli pembersih udara. Kawan saya cakap yang itu, adalah penyejuk udara..promoter yang cakap macam tu..last-last sekali kami pergilah kat customer servise tanya betul ke itu penyejuk udara atau pembersih udara. Satu hal pulak, kat situ pun tak ada orang dapat bagi jawapan. Kena tunggu la prosedur pula...dah la berdiri depan kaunter itu punya la lama...akhirnya kami dapat la pulangkan balik pembersih udara itu. Matlamat kami malam itu pun tak jadi..huhuhu...memalukan. Tak nak dah pergi ke tesco..

Dalam beberapa hari ini macam-macam benda terjadi. Sampai saya sendiri macam lelah dengan keadaan persekitaran. Saya tak tahu nak buat apa...mungkin waktu ini hanya berdoa sahaja la kot. Kita sebagai manusia tak dapat nak buat apa.. Ajal maut semua di tangan tuhan.

Letih dengan persekitaran di Penang ini membuatkan saya teringin ke tempat lain. Dalam tempoh yang singkat. Rasa nak keluar dari keadaan yang memeningkan ini. Bukan nak lari dari masalah tapi lebih kepada merehatkan fikiran. Mungkin cara itu, kita dapat semangat yang lebih kuat dan menjadi lebih tenang dari sebelumnya...Apapun tengah cari-cari tempat yang best-best untuk pergi sementara waktu ini. Cukupla dua atau tiga hari ke...best jugakan...huhuhu

Tuesday, February 7, 2012

salam rindu

Salam rindu buat adik manjaku tersayang..Jacqueline Irene. Panggilan manja di rumah adalah "didik". Didik adalah singkatan kepada adik. Kalau di sekolah kawan-kawan panggil Jacqueline. Kalau kawan-kawan mak dan ayah selalu panggil Irene. Tapi dia selalu kata singkatan namanya ialah Jacryn.

Rindu dengan kerenahnya yang macam-macam di rumah. Tapi tanpa dia, rasa sangat sunyi keadaan rumah. Rindu dengan mimik muka dia yang sedang marah, ketawa dan buat lawak. Adik yang sangat manja, selalu berselisih pendapat dengan semua orang kat rumah terutamanya ayah. Tapi dia tetap anak manja ayah.

Buat didik, kakak khaskan lagu ini. Akhir sekali buat untuk insan tersayang khasnya family, Josephine, Kenlin, BFF, Milang dan semua yang lain..Lagu ini khas untuk semua ya..

Saturday, February 4, 2012

my life will go on

Kehidupan saya sepanjang awal tahun 2012 ini masih samar-samar. Masih banyak benda yang perlu saya belajar terutamanya berkaitan dengan perubahan persekitaran saya sekarang ini. Namun saya sangat bersyukur kerana ramai pihak cuba untuk membantu saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang saya alami sekarang. Terima kasih untuk semuanya ya..

Dipanjangkan cerita, my friend, kenlin baru dapat kerja di sebuah syarikat swasta di sarawak. Saya sangat gembira kerana dia dapat kerja dalam masa yang sangat singkat selepas habis belajar. Rasa terkejut juga sebab lepas temu duga, dia terus bagi tahu dia dapat kerja kosong tersebut. Apapun tahniah to my friend. Jangan lupa belanja makan bila datang ke Penang untuk konvo nanti ya..hehhehe.

Sehari selepas itu, kawan saya yang mengajar kat kapit pula memberitahu saya dia dapat anak saudara.Baby boy la..sangat cute. Siap kirim mms lagi kat saya gambar terbaru baby boy itu. Rasa nak cubit-cubit lagi pipi dia..dah lah putih lagi tu. Dia sangat putih mungkin sebab anak kacukan kot. Mix iban dan kayan..Tahniah kepada kawan saya sebab baru menjadi aunty. Kalau panggil mak cik rasanya macam tua lah sangat lah kan..sedangkan maksudnya sama ajakan. Kirim salam kat baby ya..bagi tau kakak lenny kirim salam.Tak nak mengaku jadi aunty la...hehehhe.

Rasa seronokkan, bila kita dapat banyak berita gembira dari rakan-rakan dan persekitaran kita. Rasa indahnya bila kita dapat banyak berita gembira. Walaupun jauh tapi saya tetap rasa tempiasnya. Semoga tahun 2012 ini membawa sinar baru kepada kehidupan kita. Terima kasih juga kepada pihak yang memperkenalkan menulis blog ini kepada saya. Masih ingat lagi, mula-mula saya masuk master, kami diwajibkan menulis blog. Semua katakan tak nak..sebab masa tu masih baru nak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tapi diwajibkan untuk menulis juga. Akhirnya wujudlah blog ini. Tapi akhir sekali, saya rasakan blog ini penting sebab ia dapat menghubungkan kita dengan kawan-kawan yang jauh. So sekarang saya dapat mengetahui perkembangan kawan-kawan lain di blog mereka. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau..


Thursday, January 26, 2012

Percaya padaku

Terasa bosannya cuti tahun baru cina ni. Tak ada apa-apa aktiviti yang dibuat. Ingat cuti kali ini memberi kenangan yang terindah. Namun akhirnya, sepanjang masa hanya duduk di rumah BFF saya. Bangun tidur dekat pukul 10 pagi. Kemudian duduk depan tv tengok program-program sempena tahun baru cina. Tapi yang bestnya, ada tukang masak yang ditempah khas dari JB masak untuk kami. Saya biasa la..duduk depan tv je dan order makanan apa yang saya nak makan hari tu.

Namun, apabila semua orang balik ke tempat masing-masing. Hanya tinggal saya je kat rumah my BFF. Semua orang pergi kerja waktu pagi dan balik rumah malam. Saya hanya habiskan masa dengan membaca novel dan melihat tv sampai dah tak ada lagi dah program kat tv tu. Kesimpulannya, cuti ini saya makan, tidur dan baca novel je setiap hari.

Rasa sedih juga, sebab bosan tak ada buat apa. Sebenarnya, saya rasa sedih sebab ada janji yang tidak ditunaikan. Namun saya pasrah sebab memang ada alasan yang kukuh kenapa perkara itu terjadi.. Sebab saya nak belajar menjadi seorang yang dengar dan patuh. Sempena wish saya untuk birthday saya yang ke-27.


Dengan kesempatan ini, kepada kawan saya kenlin yang balik ke sarawak pada selasa lepas semoga sihat dan makan buah-buahan banyak-banyak ya. Sekarang ni di Sarawak adalah musim buah-buahan. Bestnya kalau dapat balik. Tapi nak buat macam mana..ada komitmen. Kepada BFF saya, jangan rindu-rindu ya. (Jangan asyik sms je. Telepon terus ya. Save kredit saya nanti..hahaha)Nyual utai anang tembu nguntik orang bujang wai..engai ke salah kuntik legi. Ti sigat tau gak bai pulai ke penang tu au..hahhaha. Saya kirimkan lagu ini untuk insan tersayang keluarga, kawan saya Kenlin, milang, BFF serta kawan-kawan yang lain. Lagu percaya padamu saya sangat suka. Bukan tak pernah saya dengar lagu ni. ENtah kenapa dua tiga hari ini saya suka sangat dengar. Pengaruh novel betul lah hidup saya ini. Lagu ini terdapat dalam novel Pencuri cinta karya novelis Aini Effariza. Yang pastinya mesti penulis ini sangat suka lagu ini kan.



Percaya padaku - Ungu

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Monday, January 16, 2012

Pajak ka meh (teruskanlah)

Rasa sangat bosan,terasa sunyi hujung minggu ini. Rasa sangat keseorangan. Sampai saya dapat merasai erti kesunyian. Mungkin saya rasa keseorangan kerana my best friend (MBF) sudah jauh pergi meninggalkan penang. Saya rasa kesorangan tanpa dia. Kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan dia terutamanya di hujung minggu. Ada saja aktiviti yang kami buat. Tak lain dan tak bukan mestilah shopping, jalan-jalan cari makan sampai ke balik pulau. Setiap hujung, pastinya padat dengan pelbagai aktiviti kami bersama. Mungkin inilah orang tua-tua selalu kata. Apabila kita keseorangan baru kita sangat menghargai erti sebuah persahabatan.

Mungkin tuhan ingin memberi kesedaran kepada kita supaya lebih menghargai erti persahabatan. Mungkin MBF pun rasa apa yang saya rasa. Setiap hari mesti MBF akan sms saya, walaupun saya tahu sangat susah untuk mendapat line telepon di kampung MBF. Kena naik bukit lagi tu. Apapun, saya mengharapkan semoga MBF rasa tenang bersama dengan keluarga di kampung.

Terima kasih kepada MBF kerana sentiasa bersama dengan saya dalam susah dan senang. Terima kasih kerana menemani saya setiap masa dalam mengharungi erti kehidupan. Apabila saya menangis, anda cuba untuk membuat saya ketawa. Apabila saya 'terjatuh' anda cuba untuk membuat saya 'bangkit' dan terus berjalan menuju ke hadapan. Apabila saya lapar, anda akan datang membawa makanan kepada saya..hahaha. Tapi sekarang, apabila saya kesunyian, saya hanya menghabiskan masa dengan membaca novel. Bila saya lapar, saya hanya makan maggi saja...huhu. Namun saya tahu kehidupan ini harus diteruskan..

Pesanan saya kepa MBF, Apapun, saya sentiasa menyokong anda dari belakang. Jangan takut untuk terus maju ke hadapan apabila telah membuat keputusan. Berpeganglah kepada keputusan yang telah anda buat. Kerana apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. MBF, anda akan menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidup ini. Tapi percayalah, apabila segalanya selesai suatu hari nanti, anda sangat menghargai apa yang anda ada pada masa itu. Ia akan menjadi satu kenangan manis dalam hidup anda walaupun anda rasa sangat sengsara dalam menghadapinya. Jangan risau, saya sentiasa bersama dengan anda kerana anda adalah MBF. Kawan-kawan kita yang lain sentiasa ada dengan kita. Jangan rasa mereka telah pergi jauh dari kita kerana masing-masing ada kehidupan tersendiri. Ada masalah tersendiri. Tapi yang pasti mereka sentiasa menyokong dan mendoakan kita berjaya.

Friday, January 13, 2012

JANUARI

Bulan januari, permulaan bulan untuk tahun 2012. Rasanya bulan januari tahun ini merupakan bulan yang terindah dalam tahun ini jika dibandingkan dengan tahun 2011. Jika 2011, saya lebih menganggap bahawa ia adalah lebih kepada permulaan dalam perjalanan hidup saya. Banyak prkara yang saya kena membuat keputusan dan mulakan dari awal pada tahun 2011. Namun begitu, januari tahun 2012 ini rasanya banyak perkara yang menarik yang saya dapat dan saya rasa sangat bersyukur dengan perkara-perkara tersebut. Namun begitu taklah semua perkara yang dapat saya ceritakan di dalam blog ini. Kerana bagi saya, banyak perkara yang saya dapat biarlah rahsia saya dan tuhan sahaja kerana takut ia menjadi kontroversi ramai pihak yang sememangnya menunggu peluang sahaja.

Dengan kesempatan ini saya mengucapkan happy birthday kepada kawan seperjuangan saya iaitu Azrin Ibrahim. Terima kasih kerana sentiasa menasihati, memberi galakan dan memahami saya dalam pelbagai situasi. Saya sentiasa mendoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi vaucher 1 Malaysia. Shopping bersama kawan-kawan di quensbay dengan membeli buku-buku. Saya rasa pertama kali saya shopping membeli buku bersama kawan-kawan. Saya hanya akan shopping membeli buku apabila saya mengikuti rombongan ISDEV. Selalunya, sekiraya saya dengan kawan-kawan mesti shopping baju, kasut dan macam-macam lagi. Kalau pergi ke kedai buku pun mesti masuk popular beli novel saja. Kalau tak tempat utama yang wajib saya pergi kalau kat quensbay mestilah nichi, forever 21, MNG dan topshop.



Saya dengan kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya mengucapkan happy birthday dan mendoakan saya. Terima kasih. Terima kasih juga kepada my best friend yang saya anggap adik beradik, dijah enchai yang sponsor birthday party saya pada malam tu. Saya tahu saya tidak dapat sponsor birthday party seperti malam 11 januari. Terima kasih juga kepada catherine Linda atas sponsor kami semua makan kenny rogers pada siang hari. Terima kasih kepada roomate saya. Hadiah dress yang sangat cantik. Saya tahu dress itu mahal namun anda tahu saya sangat menyukai dress tersebut. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi datang ke birthday party saya. Terima kasih atas segalannya. Hanya tuhan yang mampu membalas segalanya.

Saya juga mengucapkan happy birthday kepada Milang enchai yang akan menyambut birthday pada 17 januari ini. Semoga anda akan lebih matang dalam mengharungi kehidupan. Birthday party dah sambut dengan sayakan. So tak ada sambut lagi lah ya..hehehhe.



Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Sunday, January 8, 2012

Persahabatan

Sahabat, ia ibarat lilin yang sentiasa menerangi hidup kita. Ia sentiasa menerangi hidup kita dalam mengharungi setiap langkah perjalanan kita. Seorang yang dikatakan sahabat sentiasa bersama kita dalam keadaan susah, senang, ketawa dan menangis. Dia faham apa yang kita suka dan tidak suka. Dia tahu apa yang membuat kita ketawa dan menangis. Dia ikhlas mengatakan apa yang dia rasa kerana tunjang dalam persahabatan adalah keikhlasan. Kerana tanpa keikhlasan, sesebuah persahabatan itu sangat susah untuk dipertahankan. Seseorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya terjunam ke lembah yang dalam tetapi ia akan mengiringi sahabatnya menuju ke puncak sebuah kehidupan. Ia adalah seorang yang setia di sisi kita dalam mengatakan apa yang betul dan apa yang salah sekiranya kita tersilap dalam membuat perhitungan tentang kehidupan.


SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.

Wednesday, January 4, 2012

happy new year 2012

Tahun 2011 telah berlalu, maka muncul la tahun 2012 yang akan kita hadapi. Sudah pastinya tahun 2012 ini akan mempunyai cerita yang tersendiri bagi setiap insan.Banyaknya wish untuk 2012 ini. Dalam berpuluh-puluh wish tu rasanya yang mana satu yang dapat dicapai ya...

Penghujung tahun 2011, pastinya banyak pesta di penang...yang paling seronok pastinya shopping.Salah satu dari hobi adalah shopping.Bagi saya sendiri secara peribadinya, shopping ni salah satu hobi yang memang sebati dalam hidup. Sekiranya stress salah satu cara adalah pergi shopping. Pastinya stress itu akan beransur sedikit demi sedikit. Namun begitu, saya paling tak suka bila saya tengah shopping ada orang yang ganggu. Salah satunya ayat yang paling saya tidak suka ialah "bila kita hendak balik atau lama lagi ke nak shopping". Habis terus dah mood saya hendak shopping. Temperature saya akan naik 99.9%. Misalnya, kalau balik ke sibu. Saya suka shopping dengan mak cik dan mak saya. Awal-awal pagi lagi mak cik saya akan basuh pakaian, masak, kemas rumah untuk ayah saya, datuk, sepupu (anak-anak makcik) dan adik saya. Siap kata, "jangan telepon suruh balik kalau tak ada hal penting. Saya dah masak cukup untuk kamu semua sarapan dan makan tengah hari".

Ayah saya selalu kata, hobi saya adalah hobi yang tidak berfaedah dan menghabiskan duit sahaja. Saya akui dengan kata-kata ayah namun untuk membuang hobi tersebut pastinya sangat susah. Sebab ia memang datang dari hati. Lagipun sikap saya sendiri yang kadang-kadang tidak suka orang lain yang menentukan apa yang saya mahu atau tidak. Saya yang harus putuskan sendiri.