Tuesday, December 20, 2011

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

Hari berganti hari, minggu silih berganti...akhirnya tahun 2011 tiba di penghujungnya. Terlalu banyak pengalaman yang dilalui sepanjang tahun ini. Suka, duka, ketawa dan air mata menjadi teman yang amat setia dalam menempuh kehidupan dalam tahun 2011. Dan ia akan menjadi sebuah pengalaman yang bermakna untuk kenangan kita bersama. Saya sentiasa mendoakan kebahagian semua dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadikanlah kata-kata mutiara ini sebagai pegangan kita untuk menempuh tahun 2012 kerana kata-kata ini dirasakan sesuai dengan situasi yang bakal kita tempuh pada tahun 2012. Semoga kata-kata ini menjadi pegangan kita dalam meniti erti sebuah kehidupan.


"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

Friday, December 2, 2011

"ombak rindu"

Ombak rindu antara novel yang paling laris di pasaran. Ia antara novel kesayanganku suatu masa dulu. Kisah dalam novel itu menyebabkan kita tak pernah jemu untuk membaca. Sehingga kita dapat rasa apa yang watak itu rasa. Bila dia rasa sedih..kita akan menangis. Bila dia gembira kita rasa part tu yang paling membahagiakan dia. Memang tidak dapat dinafikan Fauziah Ashari memang seorang novelis yang sangat famous selain dari siti rosmizah...sehingga kita tertunggu-tunggu novel yang terbaru hasil karya mereka. Kepada pengemar novel pastinya hari ini hari yang ditunggu-tunggu untuk melihat karya ini diadaptasikan dalam filem. Memang dalam jangkakan 95% yang datang tengok filem ombak rindu adalah perempuan dan pastinya pengemar novel tersebut..Penuh cinema tu sehingga terpaksa duduk paling depan lagi tu...apapun rasa puas sebab dah tengok filem ini..walaupun feeling tengok cerita ni tak lah seperti membaca novel...nasib baik ada aaron aziz sebagai penyelamat dalam menghidupkan filem ini...

Selepas tengok movie ini. mengingatkan kita zaman muda-muda dulu.Dalam usia belasan tahun....rasa dah tua lah pulak sekarang ni...rasa sekejapnya masa berlalu...tapi yang pasti novel ini masih diminati sehingga kini...


"CINTA TAK KEJAM...CUMA MANUSIA YANG TAK PANDAI MENGHARGAI CINTA".

Tuesday, November 29, 2011

"our word is our bond"

"Kejayaan bukan mudah dicapai, kepala perlu dihantukkan ke dinding sebelum dinding dapat dipecahkan...ataupun mungkin kepala itu yang akan pecah"

(Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Monday, October 17, 2011

Bila rasa tak puas hati, marah, sedih dan rasa tak tahu nak buat apa ...pasti teringatkan blog..maybe blog ni tempat untuk melepaskan perasaan kot. Sedaya upaya saya bersabar dengan apa yang terjadi...saya melangkah dalam masa dua tahun ini dalam seribu satu perasaan.sejak saya dari master lagi dah macam2 orang cakap sampai sekarang pun masih tak puas hati lagi..ada yang pandang sinis, ada yang saja nak menguji, ada yang buat-buat baik tapi kat belakang mengata.ingat saya tak tahu. benda macam tu tuhan tunjuk terus lah. saya cuba untuk berfikir positif...saya anggap itu semua cabaran...kamu-kamu semua tikam saya depan, belakang, semua sisi..sampai saya tak tahu nak buat apa..tapi saya cuba untuk terus berdiri... tak tahu lah kenapa menjadi satu isu yang sangat besar bila saya kat isdev...kadang-kadang kita tak tahu siapa kawan..siapa lawan... saya tak ganggu kamu pun ...so kita buat hal masing2 dah lah kan. Saya tahu ..saya manusia biasa.kadang-kadang tak semua apa yang saya buat akan mengembirakan hati semua orang.tapi saya cuba buat yang terbaik. Jangan lah mencaci saya sampai saya dengar. sekurang-kurangnya saya tak lah sangat susah hati.. seperti hari ini. Saya cuba membebaskan diri dari semua ini. saya tak masuk campur dengan awak2 semua. saya buat hal saya sendiri. tapi jangalah sampai cerita macam2 kat belakang saya. saya pun ada perasaan apa..terima kasih lah ya..coz ambik 'berat sangat' kat saya. awak ingat apa yang awak cakap saya tak tahu...kawan-kawan saya banyak lah...saya tau apa yang saya buat..so lain kali kalau kita terjumpa tak payah lah buat muka plastik ya...oh ya jangan lah susah2 kan kawan saya untuk sound2 saya lain kali...mereka pun banyak benda nak buat...kepada yang dok mengata..kalau nak mengumpat..hati2 ya..kat fb ke kat ym ke..better hati2 lain kali ya...jangan ingat saya senyap..saya tak tahu..makin maju teknologi sekarang makin bahaya kalau tak hati-hati..jangan ingat saya buat research pengurusan insaniah saya tak tahu nak marah...saya pun ada perasaan apa...saya tak nak maafkan awak-awak semua ya..mak ayah saya pun tak pernah buat saya macam tu...

Saturday, October 8, 2011

hazami sonata musim salju





Sambil tengah nak buat power point untuk INGRAW11..sambil layan lagu jiwang-jiwang je tengah-tengah malam ni.Lagipun lirik lagu ni sedap je..best gak ya...layan perasaan..kalau lah kita umpama burung..rasa nak je terbang pergi...tapi realiti nya. Kita hanya manusia biasa. Tak semua apa yang kita nak akan kita dapat...

Friday, September 9, 2011

me & kfc


Cuti sempena raya tahun ini dihabiskan dengan bekerja di kfc...selalunya sekiranya cuti pasti akan jalan-jalan dengan kawan-kawan. Yang pastinya akan pergi ke tempat-tempat pelancongan. Entah tak tau macam mana tahun ini tiba-tiba pula tersimpang jauh dari kebiasaannya. Ingatkan cuti raya ni dihabiskan kat langkawi...tapi rupanya kat kfc. Dah lah dah beli tiket airasia...tapi burn cam tu je huhuhu...ini dijah punya pasal lah ni....


Tak pernah terfikir akan habiskan masa bekerja kat kfc sempena cuti dari 27/8/2011 sehingga 4/9/2011...sememangnya saya mengaku denga sejujurnya..menunggu saat untuk pergi kerja di kfc..ia membawa seribu satu perasaan...seribu satu persoalan. memang tak dapat tidur malam tu...


First time bekerja di tempat seperti itu memang jauh berbeza dengan PLKN... Hari pertama bekerja memang rasa nak menangis...dah lah customer sangat ramai. dah lah tak tau nak buat apa. Keadaan persekitaran memang sangat berbeza. Hari pertama bekerja saya just lebih kepada menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cuba untuk belajar masuk ke dalam persekitaran tersebut. Pengalaman pertamalah katakan...rasa kekok, janggal semua ada...memang jauh berbeza dengan kehidupan saya.. Ini belum lagi ditambahkan masalah dengan customer...dah lah di kfc macam2 menu yang ada...nak ingat semua menu tu pulak masalah...memang saya down betul hari tu..kalau tak ingatkan kata-kata didik...pasti tak turun esok..

Hari kedua saya bangun awal...saya study menu-menu kat kfc dulu sebelum masuk kerja pukul 12 tengah hari...sedikit sebanyak ia membantu saya pada hari tersebut. Dari hari ke hari saya rasa ada peningkatan. Ini pun sokongan dari kawan-kawan di kfc..mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya...terima kasih semua...


Pada 30 ogos, hari raya pertama memang pelanggan sangat ramai..tak kira kaum cina, india dan melayu ..hari tu sangat letih...kalau di sarawak... kalau musim perayaan seperti tahun baru cina, hari raya dan hari gawai..bandar sibu akan sunyi walaupun cuti sekolah...Terutamanya hari pertama dan kedua perayaan tersebut. Memang sunyi je dan banyak shoping complex yang akan ditutup. Tapi keadaan disini memang jauh berbeza...mungkin pembangunan yang pesat so keadaan pun berubah. Sejujurnya saya suka pembangunan tapi saya tak suka pembangunan yang menghakis budaya kita. Tapi adakah pembangunan yang harus dipersalahkan? Sedangkan ia bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Ditangan kita ada pisau..ada timun. Terpulang kepada kita nak buat macam mana pun nak potong timun tersebut.


Sejujurnya saya sangat merindui saat bekerja di kfc...ia memberi banyak pengalaman dalam hidup saya. Kebanyakkan pekerja kat kfc adalah pelajar dari kolej dan universiti...Semangat bekerjasama dan berpasukan memang sangat ketara. Walaupun letih melayan kerenah customer namun kami tetap enjoy. Walaupun tengah sibuk macam mana pun tapi tetap ada yang buat lawak... Seribu satu kerenah customer...ia mengajar kita erti kesabaran dan komunikasi yang baik...macam mana kita berkomunikasi dengan pelanggan. Dan tak semua mereka faham pun apa yang kita cakap...waktu tu lah memerlukan kesabaran. macam-macam kerenah yang ada. Kalau kita cakap menu yang di pesan tak available waktu tu..kita yang kena marah huhuhu. macam-macam lah kerenah mereka....tapi bila ingat balik rasa seronok pula..lucu pun ada....

Friday, August 26, 2011

terasa cepatnya masa berlalu...tak sangka dah bulan ogos tahun 2011. Pelbagai rintangan dan dugaan telah dilalui dalam meniti setiap hari dan saya percaya banyak lagi cabaran dan dugaan di luar sana yang menanti........Tapikan...Dalam banyak-banyak bulan dalam setahun..saya paling suka bulan ogos. Bulan ogos membuka seribu satu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Ia tetap akan terpahat dalam hati dan pastinya tak sabar-sabar menanti bulan ogos menjelma lagi tahun depan...



Tuesday, July 26, 2011




Walaupun kita terbang hingga ke langit ketujuh, berenang merentasi tujuh lautan sekalipun...Tidak semua persoalan ada jawapannya.....dan tidak semua yang kita impikan akan kita dapat capai...

Friday, July 8, 2011

Orang tua-tua pesan....dalam banyak-banyak tipu, jangan menipu diri sendiri. Takut nanti makan hati....


Menipu salah satu sifat yang negatif..namun kadang-kadang menipu tu ada juga untuk kebaikan...tipu sunat lah orang sekarang kata. Tapi kadang-kadang bukan kita hendak menipu tapi lebih kepada untuk menjaga hati ramai pihak dalam sesuatu situasi. Kadang-kadang dalam hidup ini kita secara tidak sengaja ada juga menipu diri sendiri..walaupun dalam keadaan TERPAKSA. Memang betullah kata orang tua-tua....walaupun kita lepas daripada situasi tersebut tapi hati kita tetap rasa tak tenang...walau sejauh mana kita melarikan diri ...ia tetap mengekori kita kerana ia tetap tersemat dalam hati...Hati bukan lah seperti komputer..yang boleh di save atau delete sesuka hati...Ia sesuatu yang halus yang dirasai oleh kita sebagai manusia...

Monday, July 4, 2011

"The most powerful agent of growth and transformation is something much more basic than any technique: a change of heart."
John Wellwood



Dimana tempat adanya kuasa
Disitu juga adanya angkara
Dimana ada namanya manusia
Disitu juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudaraku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu , peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu


Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bersenyawa
Aku sudah berada di atas takhta

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya


Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bersenyawa
Aku sudah berada di atas takhta

Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

Saudaraku yang yang berada disekelilingku
Saudara ku yang sanggup menempuh maut dengan ku
Saudaraku yang hidup mati bersama aku
Saudaraku yang telah gugur kerana aku

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa , hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti ke bawah

Giliran dibawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa

Didalam hiruk pikuk kota
Dalam mengejar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bila akhirnya

Monday, June 20, 2011

WHAT SHOULD I DO????

Terdiam sejenak..tak bererti kita akan lalai. Tapi ia salah satu cara untuk kita mengimbas kembali apa yang telah terjadi sepanjang kehidupan ini. Kadang-kadang kita merasa kan kehidupan yang dilalui sekarang satu keseronokan, kadang-kadang kita merasa kan ia satu kesilapan. Sehingga kita merasakan alangkah indah nya jika kita tidak berada di situasi sekarang...tidak mengetahui di mana permulaannya dan bagaimana pengakhirannya. Ibarat air yang mengalir mengikut arus dan akhirnya pasti sampai ke muara. Namun kehidupan kita sebagai manusia tidaklah semudah air yang mengalir...kerana kita tidak dapat mengetahui apa yang terjadi pada masa hadapan. Sedangkan hari esok pun kita tak tahu apa yang terjadi. Adakah ini satu penyesalan bagi kita setelah kita mengimbas dan menganalisis balik kehidupan yang lalu. Seandainya kita merasakan kehidupan kita saat ini satu kesilapan... atau .... jika saat ini adalah pilihan yang tepat bagi kita... WHAT SHOULD I DO????




Terhenti Di Sini - Asfan

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Saturday, May 21, 2011

selamat hari gawai

Tak terasa hari berlalu...serasa semalam kita baru saja menyambut hari gawai...wal hal dah hampir setahun dan tidak lama lagi kita menyambut gawai lagi. Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan selamat gawai dayak kepada semua bangsa iban...Ngarap ke kitai gayu guru, gerai nyamai ngibun menua.....Sudah semestinya tahun ini mengumpulkan pelbagai pengalaman kepada kita tak kira pahit atau manis. Yang semestinya ia sebagai perencah dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia yang tidak akan lari daripada cobaan dan dugaan.. semoga pengalaman pahit yang kita lalui sepanjang tahun ini sebagai alat untuk mendewasakan kita dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar pada tahun akan datang. Manakala anggap lah kenangan manis yang dialami oleh kita sebagai "ubat" kepada segala kesakitan atau kepedihan yang dialami sepanjang tahun ini.....Oleh itu, selamat gawai dayak kepada semua bangsa Iban....selamat menyambut tahun baru bagi kita yang berbangsa Iban....



Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU..

Menjelang tanggal 8 mei setiap tahun menjadi hari yang dinanti oleh setiap anak untuk meraikan hari ibu buat ibu yang tersayang. Pastinya hari tersebut diraikan dengan penuh kegembiraan untuk membalas jasa ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Ada sesetangah nya akan memberi hadiah, kad atau meraikannya di tempat-tempat yang istimewa. Paling tidak pun bagi kita yang berjauhan dengan ibu pastinya akan menghubungi ibu melalui telefon untuk mengucapkan selamat hari ibu. Tapi adakah hari ibu hanya diraikan pada 8 mei sahaja dengan memberi ucapan, kad atau hadiah sudah memadai untuk membalas jasa mereka. Bagi saya secara peribadinya, hari ibu wajar disambut oleh kita untuk mengingati jasa dan pengorbanan ibu yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Namun begitu, kad, ucapan atau hadiah bukan lah faktor utama untuk kita meraikan mereka. Apalah sangat semua itu sekiranya kita sebagai anak hanya bersukaria menyambut hari tersebut tetapi dalam pada masa yang sama tidak menghargai mereka dengan mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Sekali imbas kita melihat sejauh mana kita berkorban, menghormati dan menyayangi mereka dengan ikhlas sejak dilahirkan sehingga kini. Sejauh mana kita menjaga perasaan mereka dalam sesuatu perkara. Bagi saya, untuk menghargai ibu tidak hanya diucapkan sempena hari ibu sahaja tetapi sejauh mana kita menghargai mereka dalam hidup kita, itu yang penting. Adalah lebih baik rasa nya kita sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka setiap masa untuk menghargai setiap pengorbanan mereka dalam kehidupan kita. Ini kerana kasih sayang seorang ibu membawa kita ke syurga, begitu juga doa anak yang soleh. Oleh itu sebagai seorang anak, sayangi ibu bapa kita dengan menjadi anak yang soleh kerana ia lebih membahagiakan ibu bapa kita jika dibandingkan dengan ucapan selamat hari ibu, kad atau pun hadiah...

Akhir sekali, terima kasih ibu kerana telah melahirkan dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Terima kasih atas doa restu mu dalam mengiringi setiap langkah perjalanan hidup anakmu. Hanya tuhan yang dapat membalas segala kebaikan mu.



A SONG FOR MAMA

You taught me everything
And everything you've given me
I'll always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there
To comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You'll always be
You will always be the girl
In my life for all times


Chorus:
Mama
Mama you know I love you
(Oh you know I love you)
Mama
Mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama I just want you to know
Lovin' you is like food to my soul


(yes it is, yes it is,ohhhhh
You're always there for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
(Yes you did)
And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on
There were so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And saaaayyyyy,
I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be
The girl in my life
(oooo, oohh)


Chorus

Never gonna go a day without you
Fill's me up just thinking about you
I'll never go a day
Without my mama

Thursday, April 21, 2011

Terasa cepat nya masa berlalu.Setiap saat, detik berganti minggu...tapi satu kerja pun tak disiapkan...entah kenapa terasa beberapa hari ini....terasa terbuai-buai dengan perasaan.Sampai lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, anak dan kawan yang sentiasa memerlukan komitmen. Ibarat pelangi selepas hujan, penuh dengan warna-warni....


CRY ON MY SHOULDER

If the hero, never comes to you
If you need someone, you're feeling blue
If you wait for love, and you're alone
If you call your friends, nobody's home
You can rum away, but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life, they are free

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven, where we'll go
If heaven is, a million years away
Oh just call me and I'll make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay by your side
I promise you, I'll never hide

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

But if you wanna cry: cry on my shoulder
If you need someone, who cares for you
If you're feeling sad, your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

Friday, March 4, 2011

Yang terbaik bagi anda ialah tidak MENJANJIKAN sesuatu kepada orang lain, dan yg lebih baik lagi jika anda tidak INGKAR JANJI.