Friday, June 29, 2012


PERSAHABATAN

Seseorang yang bergelar sahabat ibarat cahaya pagi yang menerangi hidup kita. Sahabat adalah antara anugerah tuhan yang terindah dalam melayari kehidupan kita. Seseorang yang digelar sahabat akan bersama dengan kita apabila kita dalam keadaan gembira, sedih dan kecewa. Namun sangat susah untuk kita mengekalkan sesebuah persahabatan tersebut. Terdapat beberapa perkara yang paling penting dalam sesebuah persahabatan bagi saya.

 1.Kejujuran

Dalam sesebuah persahabatan, kejujuran itu sangat penting. Ia ibarat tunjang yang penting untuk           mengekalkan sesebuah persahabatan tersebut. Tanpa kejujuran sesebuah persahabatan itu tidak akan    kekal lama kerana setiap penipuan atau benda yang disembunyikan akan terbongkar juga suatu hari nanti. Memang betul kita perlu menjaga hati seorang sahabat tapi janganlah sampai menipu. Sekiranya dia mengetahui sesuatu perkara tersebut, sedikit sebanyak hatinya akan terluka.

2. Keikhlasan

Keikhlasan dalam sesebuah persahabatan akan menyebabkan persahabatan tersebut akan berkembang mekar dari masa ke semasa. Apabila kita melakukan sesuatu perkara, kita ikhlas dalam menasihati dan memberi galakan kepadanya. Keikhlasan ini dalam perbuatan penting dalam membajai sesebuah persahabatan. Kerana sesebuah keikhalasan itu dapat dirasai oleh kita. Alangkah indahnya hidup kita, apabila dapat menemui seseorang sahabat yang sangat ihklas dalam persahabatan. Kerana keikhlasan dapat dilihat melalui tingkah lakunya, bukan sahaja dari  pertuturannya. 

3. Kemaafan

Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Oleh itu, memaafkan seorang sahabat apabila dia melakukan kesalahan adalah perkara yang sangat mulia. Namun, menjadi tanda tanya juga, apabila seseorang sahabat itu melakukan perkara yang berulangkali menyakiti hati kita, mampukah kita sebagai manusia biasa tidak terasa hati sedikit pun atau untuk menunjukkan kita seorang pemaaf, kita akan memaafkannya. Tapi tipulah, sedikit sebanyak hati kita akan terguris juga terutama seseorang yang kita anggap kawan yang sangat baik dalam hidup kita. 


Kesimpulannya, persahabatan itu ibarat kaca. Ia perlu dijaga kerana apabila ia pecah sangat susah untuk mencantumkan semula. Walaupun ia dapat dicantumkan semula, namun ia tetap ada kesan walaupun cuma sedikit pun.




Monday, June 25, 2012

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup ini ibarat laut. Ada pasang dan surutnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia ini. Kita menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai masalah yang timbul walaupun ia cuba untuk dihidari. Sekiranya dalam hidup ini tanpa masalah ia bukan dinamakan kehidupan. Kerana kehidupan yang sebenarnya dalam dunia ini ibarat pentas lakonan di mana kita adalah pelakonnya. Kita cuba untuk merasai kehidupan sekarang. 

Walaupun kadang-kadang kita rasa terlalu payah untuk bertahan namun cuba untuk bertahan selagi mampu. Keadaan persekitaran sebenarnya memberi kesan yang sangat besar dalam pembentukkan diri seorang insan. Kadang-kadang kita rasa sangat tertekan dan cuba untuk keluar dari tekanan tersebut. Namun hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Bak kata kawan saya, kenyataan itu pahit. Tapi tak apa, pahit itu ubat. Kenangan itu juga satu ubat untuk kita mengubati hati dari terus terluka. Sekurang-kurangnya kenangan bersama akan dapat mengurangkan lagi kesakitan yang ada dalam hati kita. Kita cuba untuk membuat yang terbaik dalam sesebuah perhubungan. Namun kadang-kadang kita sendiri yang akan terluka dengan mereka. 

 Kesimpulannya, kenangan itu lebih banyak kepahitan. Namun kepahitan itu akan lebih mendewasakan dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan. Kehidupan itu adalah guru yang terbaik untuk lebih mematangkan pemikiran dan terus berjalan mengikut arus persekitaran.