Saturday, August 29, 2009

SEGI TIGA BERMUDA


Segi tiga bermuda atau juga dikenali sebagai segi tiga syaitan adalah merupakan laluan yang amat bahaya untuk dilalui oleh kapal terbang dan kapal-kapal yang selalu menggunakan laluan ini. Sempadan segi tiga ini meliputi Selat Florida, Bahamas dan juga keseluruhan Caribbean timur Azores dan juga Teluk Mexico. Walaubagaimanapun laluan ini adalah laluan yang paling tersibuk di dunia yang dilalui oleh kapal, kapal terbang dan banyak lagi dia atas urusan masing-masing. Segi tiga bermuda sering kali dikaitkan dengan kehilangan dan juga misteri yang dikaji oleh ramai pengkaji dengan teori masing-masing yang tersendiri. Terdapat juga penyelidik yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengait kehilangan di kawasan tersebut dengan segitiga bermuda. Mereka berpendapat bahawa kehilangan di kawasan segi tiga bermuda adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah penjelasan semula jadi seperti hidrat metana, viarasi kompas, hurikan dan banyak lagi. Manakala faktor lain seperti perbuatan manusia seperti kesilapan manusia itu sendiri, tindakan kemusnahan yang disengajakan dan banyak lagi. Hal ini berbeza pula dengan yang menyokong segi tiga bermuda dengan kehilangan yang tidak diketahui oleh sesiapa pun walaupun mayat ataupun sisa-sisa kapal yang hilang tersebut. Kehilangan di segi tiga bermuda tidak dapat dijejaki oleh sesiapa pun dan tidak ada yang selamat sekiranya melalui kawasan tersebut. Oleh itu, ramai penyelidik yang mempunyai pandangan yang tersendiri dalam membuat rumusan tentang segi tiga bermuda. Walau apa pun faktor atau penyebab yang berkaitan dengan segi tiga bermuda setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri. Kehilangan di segi tiga bermuda tidak dapat dibuat kesimpulan yang betul-betul tepat oleh ramai penyelidik. Oleh itu pada pandangan saya, setiap apa yang terjadi ada sebab yang tersendiri. Hanya Tuhan yang maha mengetahui segala apa yang terjadi dan tahu segala persoalan-persoalan yang tidak dapat kita jawab dan menjadi tanda tanya kepada kita sebagai manusia biasa. Ajal maut adalah di tangan Tuhan, siapalah kita untuk mempertikaikan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kehidupan ini.

Patah ke lidi- Dom Romeo

Seagi tasik enda langkang

seagi hari ngada ke siang

aku sigi agi ngiga nuan

nyidi datai ke lubang sebayan..

seagi bulan tau keleman

kebelik bintang di langit mingkai

aku sigi agi nginau nuan

taja tua tama jalai batang mandai

pait asai di buai nuan ambai

naka pemanis enti panjai begulai

aku sigi enda nyabak belalai

ngagau ke nuan

minta ambai pulai

iga nuan kelalu kempang

betisai buai ke bekau kenang

ketegal reta dunya enggau wang

ninggal ke aku merinsa umang

rintas ketas patah ke lidi

lembau ku idup manah gi mati

sebedau nuan ninggal ke aku

enda ku sanggup kediri baka tu

Monday, August 17, 2009

konvokesyen....

Berlalu juga hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga Usm...Konvokesyen ke -40. Walaupun letih tapi saat yang dilalui setiap hari tidak terasa. Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan setiap hari sehingga tidak sempat untuk menulis di dalam blog ini..
Kenangan konvokesyen ke-40 tetap terasa dan setiasa di dalam ingatan.

Gambar peribadiku.....

Gaya seorang pemandu pelancong yang tidak bertauliah...hehe


Happy birthday Jacqueline Irene ke-9 tahun(14 ogos 2000).....


Hadiah daripada Raidah....terima kasih Raidah - banyak membantu lenny dalam semua perkara. Macam tahu-tahu saja Raidah....lenny memang suka teddy bear...

Saturday, August 8, 2009

cabaran wanita moden

Wanita pada masa sekarang sering dikaitkan dengan bebanan kerja tidak kira dalam peringkat usia mana sekalipun. Hal ini kerana kehidupan wanita pada masa sekarang terpaksa mengikut peredaran kehidupan dari masa ke semasa. Pada masa dulu wanita lebih kepada menguruskan rumahtangga selepas berkahwin. Wanita moden pada masa sekarang lebih sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Sekiranya mereka sudah berkahwin keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kestabilan institusi keluarga sekiranya wanita tersebut tidak tahu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Keadaan ini menyebabkan ramai remaja yang terjebak dalam masalah sosial walaupun mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Masalah sosial kalangan remaja semakin meningkat akan merugikan negara kita kerana mereka adalah tunggak kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Oleh itu, tanggungjawab wanita amat berat tidak kira tanggungjawab terhadap kerjaya ataupun keluarga.
Setiap hari mereka sibuk berkerja di luar dan apabila pulang ke rumah mereka akan menguruskan anak-anak dan juga suami. Keadaan ini menyebabkan tekanan kepada wanita semakin meningkat jika dibandingkan dengan wanita pada masa dulu. Apabila di pejabat wanita dibebani dengan masalah kerja, rakan sepejabat dan banyak lagi. Apabila pulang ke rumah mereka akan memikirkan tentang makanan yang akan disediakan untuk keluarga, mengemas rumah, menguruskan anak-anak dan juga suami. Wanita mempunyai tanggungjawab yang amat besar merancang dan menguruskan perkara yang paling kecil sehinggalah yang paling besar. Oleh itu, wanita pada masa sekarang mempunyai cabaran yang amat besar yang akan dihadapi oleh semua yang bergelar wanita yang berkerja kerana mereka adalah wanita yang bergelar ibu kepada anak-anak, pekerja sebagai wanita yang berkerjaya dan juga seorang isteri kepada seorang lelaki.

Monday, August 3, 2009

Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hari sampai tidak sempat untuk menulis di dalam blog ini...Malam ahad muncul kembali. Sudah 4 minggu masuk ke alam "persekolahan" terlalu banyak benda yang perlu untuk dipelajari dan difahami. Terima kasih kepada semua rakan-rakan ISDEV yang banyak membantu saya terutama kepada Raidah, KAK Fiza dan yang lain-lain lagi. Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang mengajar. Terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada kami.

Takutnya dengan tajuk tesis yang belum lagi pasti nak buat apa....huhu. Harap-harap dapat kerjasama dari pihak yang berkenaan. Semoga dapat tidur dengan lena...lepas dapat tajuk tesis..hehe.Sudah lah blur dengan PTPTN. Macam-macam kena uruskan dalam masa terdekat ini.

Walau apa-apa pun saya tetap gembira sebab hari yang dinanti-nanti akan tiba juga. Hari yang cukup bersejarah dalam hidup... KONVO KE-40 USM. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan sepejuangan. I miz u all... Saya rindukan my best friend miza...mieza...emma...dijah..phine...robaya...irni...and semua rakan 3p. Rasanya terlalu lama menanti saat 13 ogos ini. Hari yang dilalui tanpa kalian semua terasa sunyi dan saat manis bersama takkan dapat dilupakan.


Tajuk: Terima kasih cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

( first time dengar lagu ni petang tadi. Shopping teman kawan beli barang di tesco..dalam asyik melihat barang-barang. Tiba-tiba muncul lagu ni...terus jatuh hati dengan melody and lirik yang memang best. Tulis blog sambil dengar lagu ni.. )