Monday, January 11, 2010

Sweet 25...



My cake....kek ni mengingatkan kita bahawa usia semakin meningkat...hehehee





Happy birthday yang ke-25. Pertama kali menyambut hari jadi bersama dengan rakan-rakan ISDEV09. Thank semua sebab bersusah-susah membeli kek dan membuat surprise...Tak sangka sebab sekarang musim orang tension membuat sorotan karya yang tak dapat2 disorot pun....huhu

Saturday, January 2, 2010

bermula lh tahun 2010

Happy new year...semoga tahun 2010 ini memberi segala kebahagian kepada kita. Semoga dapat menyiapkan tesis seperti yang diharapkan...semoga tahun 2010 ini memberi semangat baru kepada kita. Lupakan segala kenangan yang lalu dan hadapi segala cabaran 2010 ini dengan tabah.Kerana kenangan akan menyebabkan kita lalai dan lupa apa impian kita sebenarnya...
Tahun 2009 bukan lah tahun yang baik untuk saya...tahun 2009 adalah tahun yang paling mencabar dan kadang-kadang saya pasrah dengan keadaan walaupun telah cuba untuk membuat yang terbaik. Walaupun telah cuba membuat yang terbaik namun kesudahannya pasti mengecewakan juga...Bye2 tahun 2009...saya mengharapkan tahun 2010 akan memberi kebahagian kepada semua, semua impian akan tercapai...

Perayaan menyambut tahun baru di Sibu jauh berbeza... pada 31 disember mesti ramai yang datang berkunjung( ngabang) ke rumah. So kena membuat persiapan pada hari sebelum nya sebab akan jiran-jiran atau kawan-kawan yang datang ke rumah. So bagi orang iban menyambut tahun baru seperti menyambut krismis ataupun hari gawai dayak. Tiada beza nya dari segi membuat persiapan.

Pada sebelah malam..akan sibuk menyediakan makanan untuk pukul 12 tengah malam nanti. Mula lah masak macam-macam makanan. Tapi keadaan di sibu agak jauh berbeza dengan di rumah panjang.Hal ini kerana di sibu pada malam itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga saja. So sambutan antara ahli-ahli keluarga sahaja. Seronok sebab dapat berkumpul dengan keluarga yang lain - sepupu, pak cik, mak cik yang berkerja jauh dari sibu. Saat itu lah masa untuk berkumpul.
menanti saat pukul 12 tengah malam...mencabar kesabaran walaupun tidak terasa kerana sibuk menyediakan makanan. Dekat pukul 12 tengah malam ...kami pun menghidangkan makanan di ruang tamu. Semua akan berkumpul dan menanti detik pukul 12. Sangat menyeronokkan..Kemudian selalunya datuk yang akan berdoa untuk tahun baru. Kemudian saat yang ditunggu...jom makan. Sambil makan sambil bercerita...keadaan yang riuh-rendah sangat dirindui apabila tiba tahun baru kerana berjauhan dari keluarga. Selepas makan selalunya kami dipaksa untuk mandi....selalu nak mengelak tapi mesti kena jugak....entah apa2 lah tu...Bak kata datuk...buang sial...hahaha. lucu betul...

Mungkin cara seseorang itu berbeza menyambut tahun baru....tapi yang pasti setiap tibanya tahun baru...semakin kita meningkat usia dan semakin banyak pengalaman hidup yang dilalui oleh seseorang itu...kerana pengalaman adalah guru yang paling baik.

Ressa Herlambang – Menyesal

semula ku tak yakin

kau lakukan ini padaku

meski di hati merasa

kau berubah saat kau mengenal dia

bila cinta tak lagi untukku

bila hati tak lagi padaku

mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu

dan bila dia bahagia dirimu

aku kan pergi meski hati tak akan rela


* terkadang ku menyesal

mengapa ku kenalkan dia padamu