Monday, July 13, 2009

hai

Masa berlalu terlalu pantas. Sampai kita sendiri keliru dengan kehidupan yang kita lalui..namun kita percaya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Masa terus berlalu namun kenangan semalam tetap dalam ingatan yang akan menjadi pedoman kepada kita pada masa hadapan. Walaupun kita tahu hari esok menjanjikan sesuatu yang baru yang lebih mencabar untuk kita tempuhi. Alangkah indahnya sekiranya segala yang kita impikan menjadi kenyataan. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru walaupun agak "pelik" bagi orang lain. Kadang-kadang kita menjadi takut dengan kemampuan diri sendiri. Kerana yang pasti setiap dari kita akan lalui jalan yang tersendiri. Namun kita sentiasa berharap semoga segalanya berjalan dengan lancar...semoga setiap impian kita menjadi kenyataan.


No comments:

Post a Comment