Saturday, August 8, 2009

cabaran wanita moden

Wanita pada masa sekarang sering dikaitkan dengan bebanan kerja tidak kira dalam peringkat usia mana sekalipun. Hal ini kerana kehidupan wanita pada masa sekarang terpaksa mengikut peredaran kehidupan dari masa ke semasa. Pada masa dulu wanita lebih kepada menguruskan rumahtangga selepas berkahwin. Wanita moden pada masa sekarang lebih sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Sekiranya mereka sudah berkahwin keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kestabilan institusi keluarga sekiranya wanita tersebut tidak tahu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Keadaan ini menyebabkan ramai remaja yang terjebak dalam masalah sosial walaupun mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Masalah sosial kalangan remaja semakin meningkat akan merugikan negara kita kerana mereka adalah tunggak kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Oleh itu, tanggungjawab wanita amat berat tidak kira tanggungjawab terhadap kerjaya ataupun keluarga.
Setiap hari mereka sibuk berkerja di luar dan apabila pulang ke rumah mereka akan menguruskan anak-anak dan juga suami. Keadaan ini menyebabkan tekanan kepada wanita semakin meningkat jika dibandingkan dengan wanita pada masa dulu. Apabila di pejabat wanita dibebani dengan masalah kerja, rakan sepejabat dan banyak lagi. Apabila pulang ke rumah mereka akan memikirkan tentang makanan yang akan disediakan untuk keluarga, mengemas rumah, menguruskan anak-anak dan juga suami. Wanita mempunyai tanggungjawab yang amat besar merancang dan menguruskan perkara yang paling kecil sehinggalah yang paling besar. Oleh itu, wanita pada masa sekarang mempunyai cabaran yang amat besar yang akan dihadapi oleh semua yang bergelar wanita yang berkerja kerana mereka adalah wanita yang bergelar ibu kepada anak-anak, pekerja sebagai wanita yang berkerjaya dan juga seorang isteri kepada seorang lelaki.

No comments:

Post a Comment