Friday, December 2, 2011

"ombak rindu"

Ombak rindu antara novel yang paling laris di pasaran. Ia antara novel kesayanganku suatu masa dulu. Kisah dalam novel itu menyebabkan kita tak pernah jemu untuk membaca. Sehingga kita dapat rasa apa yang watak itu rasa. Bila dia rasa sedih..kita akan menangis. Bila dia gembira kita rasa part tu yang paling membahagiakan dia. Memang tidak dapat dinafikan Fauziah Ashari memang seorang novelis yang sangat famous selain dari siti rosmizah...sehingga kita tertunggu-tunggu novel yang terbaru hasil karya mereka. Kepada pengemar novel pastinya hari ini hari yang ditunggu-tunggu untuk melihat karya ini diadaptasikan dalam filem. Memang dalam jangkakan 95% yang datang tengok filem ombak rindu adalah perempuan dan pastinya pengemar novel tersebut..Penuh cinema tu sehingga terpaksa duduk paling depan lagi tu...apapun rasa puas sebab dah tengok filem ini..walaupun feeling tengok cerita ni tak lah seperti membaca novel...nasib baik ada aaron aziz sebagai penyelamat dalam menghidupkan filem ini...

Selepas tengok movie ini. mengingatkan kita zaman muda-muda dulu.Dalam usia belasan tahun....rasa dah tua lah pulak sekarang ni...rasa sekejapnya masa berlalu...tapi yang pasti novel ini masih diminati sehingga kini...


"CINTA TAK KEJAM...CUMA MANUSIA YANG TAK PANDAI MENGHARGAI CINTA".

No comments:

Post a Comment