Monday, June 25, 2012

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup ini ibarat laut. Ada pasang dan surutnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia ini. Kita menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai masalah yang timbul walaupun ia cuba untuk dihidari. Sekiranya dalam hidup ini tanpa masalah ia bukan dinamakan kehidupan. Kerana kehidupan yang sebenarnya dalam dunia ini ibarat pentas lakonan di mana kita adalah pelakonnya. Kita cuba untuk merasai kehidupan sekarang. 

Walaupun kadang-kadang kita rasa terlalu payah untuk bertahan namun cuba untuk bertahan selagi mampu. Keadaan persekitaran sebenarnya memberi kesan yang sangat besar dalam pembentukkan diri seorang insan. Kadang-kadang kita rasa sangat tertekan dan cuba untuk keluar dari tekanan tersebut. Namun hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Bak kata kawan saya, kenyataan itu pahit. Tapi tak apa, pahit itu ubat. Kenangan itu juga satu ubat untuk kita mengubati hati dari terus terluka. Sekurang-kurangnya kenangan bersama akan dapat mengurangkan lagi kesakitan yang ada dalam hati kita. Kita cuba untuk membuat yang terbaik dalam sesebuah perhubungan. Namun kadang-kadang kita sendiri yang akan terluka dengan mereka. 

 Kesimpulannya, kenangan itu lebih banyak kepahitan. Namun kepahitan itu akan lebih mendewasakan dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan. Kehidupan itu adalah guru yang terbaik untuk lebih mematangkan pemikiran dan terus berjalan mengikut arus persekitaran.