Thursday, November 22, 2012

Seminar RUT Ke-3

Akhirnya berakhir sudah seminar RUT yang ke-3 selama dua hari. Perasaan berdebar-debar juga sepanjang seminar RUT yang ketiga ini berlangsung. Namun saya sangat bersyukur kerana seminar ini telah berjalan dengan lancarnya. Mungkin ada serba sedikit kekurangan, namun kami dari pihak urusetia akan cuba untuk memperbaikinya pada masa akan datang. Seminar RUT ini merupakan satu perjumpaan semuah ahli-ahli RUT dari pelbagai universiti tidak kira dari Malaysia dan Indonesia. Perjumpaan ini bertujuan untuk membentangkan kertas-kertas kerja daripada semua ahli-ahli penyelidik setiap enam bulan sekali. Oleh itu, perjumpaan ini adalah sangat penting untuk melihat perkembangan setiap kluster dalam RUT ini. Malahan dalam perjumpaan ini akan membincangkan hala tuju dan perkembangan kluster tersebut. Seminar ini sebagai platform untuk berjumpa dan berbincang tentang RUT.

Selama dua hari ini kami berusaha untuk menjayakan RUT ini. Dan akhirnya ia selesai dengan jayanya. Saya rasa sangat lega kerana seminar ini telah berjaya dan dapat meningkatkan lagi percapaian RUT. Bagi saya setiap kejayaan sesebuah program itu adalah bertitik tolak daripada setiap insan yang menguruskannya. Sejauhmana berjaya atau kecundangnya program/ seminar/ conference adalah daripada team work itu sendiri. Tanpa team work yang kuat agak sukar untuk menjayakan sesebuah program tersebut. Bukan saya ingin memuji seminar RUT ini berjaya  kerana kami yang uruskan. Tetapi hanya bertujuan untuk mengingati diri saya dalam menguruskan sesuatu itu team work yang kuat sangat penting. Apa yang saya maksudkan dengan team work yang kuat? Bagi saya team work yang kuat adalah insan-insan yang kita beri kepercayaan saling berkerjasama dan sepenuh hati dalam melakukan sesuatu untuk menjayakan program tersebut.

Bagi saya banyak perkara penting yang perlu diambil kira. Namun di sini saya hanya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang sangat penting dalam menjayakan sesebuah program:

1. Niat
 Bagi saya niat sangat penting kerana niat itu secara langsung akan menentukan hala tuju kumpulan tersebut. Sekiranya niat kita hanya untuk kepentingan sendiri. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan pun kepada kita dan kumpulan tersebut. Program tersebut sangat susah untuk berjaya jika dibandingkan dengan niat yang baik. Oleh itu, sebelum kita memikul sesuatu tanggungjawab itu, betulkan niat terlebih dahulu dan lakukannya dengan seikhlas hati. Kadang-kadang kita lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, cepat-cepatlah balik kepada niat asal kita dalam kumpulan tersebut. Saya selalu lalai dalam kerja, kadang-kadang saya terlupa dengan sesebuah tanggungjawab yang diamanahkan. Namun apabila tersedar, saya cepat-cepat balik kepada niat asal saya iaitu sepanjang tempoh belajar ini saya ingin menimba seribu satu pengalaman. Itu adalah niat tujuan saya sebenarnya.

2. Pembahagian tugas
Pembahagian tugas ini penting kerana untuk memudahkan dan melancarkan segala urusan dalam kumpulan tersebut. Namun sekiranya pembahagian tugas tidak dilakukan dengan betul. Ia menyukarkan program tersebut berjalan dengan lancar. Pembahagian tugas juga harus dilakukan mengikut kemampuan ahli-ahli kumpulan.

2. Bekerjasama
Seringkali kita melihat program tersebut tidak berjalan dengan lancar adalah disebabkan ahli-ahli kumpulan yang tidak bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama penting kerana setiap ahli kumpulan akan saling membantu antara satu sama lain untuk menjayakannya. Tanpa kerjasama yang baik menyebabkan perhubungan di antara setiap ahli kumpulan juga kurang selesa antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan kerjasama dalam kumpulan tidak berjaya.

Akhir sekali, melakukan sesesuatu itu biarlah semaikannya di dalam hati. Bila ia sudah bertapak dalam hati. Ia ibarat kita menjaganya dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah menjadi sebahagian daripada kita.