Monday, June 25, 2012

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup ini ibarat laut. Ada pasang dan surutnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia ini. Kita menjalani kehidupan seharian dengan pelbagai masalah yang timbul walaupun ia cuba untuk dihidari. Sekiranya dalam hidup ini tanpa masalah ia bukan dinamakan kehidupan. Kerana kehidupan yang sebenarnya dalam dunia ini ibarat pentas lakonan di mana kita adalah pelakonnya. Kita cuba untuk merasai kehidupan sekarang. 

Walaupun kadang-kadang kita rasa terlalu payah untuk bertahan namun cuba untuk bertahan selagi mampu. Keadaan persekitaran sebenarnya memberi kesan yang sangat besar dalam pembentukkan diri seorang insan. Kadang-kadang kita rasa sangat tertekan dan cuba untuk keluar dari tekanan tersebut. Namun hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Bak kata kawan saya, kenyataan itu pahit. Tapi tak apa, pahit itu ubat. Kenangan itu juga satu ubat untuk kita mengubati hati dari terus terluka. Sekurang-kurangnya kenangan bersama akan dapat mengurangkan lagi kesakitan yang ada dalam hati kita. Kita cuba untuk membuat yang terbaik dalam sesebuah perhubungan. Namun kadang-kadang kita sendiri yang akan terluka dengan mereka. 

 Kesimpulannya, kenangan itu lebih banyak kepahitan. Namun kepahitan itu akan lebih mendewasakan dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan. Kehidupan itu adalah guru yang terbaik untuk lebih mematangkan pemikiran dan terus berjalan mengikut arus persekitaran.

Thursday, March 1, 2012

life..

Dalam hidup kita, macam-macam benda boleh terjadi. Kadang-kadang ada cerita sedih, marah, takut dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, semalam, saya dengan roomate pun pergilah ke tesco. Dengan tujuan nak beli penyejuk udara. Lepas tengok satu-satu, akhirnya kami berdua pun nak beli la satu penyejuk udara. Keadaan bilik sangat panas. Rasa macam tak larat duduk kat bilik terutamanya tengah hari. So, kami pun bersepakat nak beli penyejuk udara.. Lepas semua selesai urusan jual-beli tersebut, kami pun nak keluar dari kaunter di tesco. Kemudian tiba-tiba kawan saya cakap, kawan dia kata kenapa nak beli pembersih udara. Kawan saya cakap yang itu, adalah penyejuk udara..promoter yang cakap macam tu..last-last sekali kami pergilah kat customer servise tanya betul ke itu penyejuk udara atau pembersih udara. Satu hal pulak, kat situ pun tak ada orang dapat bagi jawapan. Kena tunggu la prosedur pula...dah la berdiri depan kaunter itu punya la lama...akhirnya kami dapat la pulangkan balik pembersih udara itu. Matlamat kami malam itu pun tak jadi..huhuhu...memalukan. Tak nak dah pergi ke tesco..

Dalam beberapa hari ini macam-macam benda terjadi. Sampai saya sendiri macam lelah dengan keadaan persekitaran. Saya tak tahu nak buat apa...mungkin waktu ini hanya berdoa sahaja la kot. Kita sebagai manusia tak dapat nak buat apa.. Ajal maut semua di tangan tuhan.

Letih dengan persekitaran di Penang ini membuatkan saya teringin ke tempat lain. Dalam tempoh yang singkat. Rasa nak keluar dari keadaan yang memeningkan ini. Bukan nak lari dari masalah tapi lebih kepada merehatkan fikiran. Mungkin cara itu, kita dapat semangat yang lebih kuat dan menjadi lebih tenang dari sebelumnya...Apapun tengah cari-cari tempat yang best-best untuk pergi sementara waktu ini. Cukupla dua atau tiga hari ke...best jugakan...huhuhu