Monday, January 16, 2012

Pajak ka meh (teruskanlah)

Rasa sangat bosan,terasa sunyi hujung minggu ini. Rasa sangat keseorangan. Sampai saya dapat merasai erti kesunyian. Mungkin saya rasa keseorangan kerana my best friend (MBF) sudah jauh pergi meninggalkan penang. Saya rasa kesorangan tanpa dia. Kebanyakkan masa saya dihabiskan dengan dia terutamanya di hujung minggu. Ada saja aktiviti yang kami buat. Tak lain dan tak bukan mestilah shopping, jalan-jalan cari makan sampai ke balik pulau. Setiap hujung, pastinya padat dengan pelbagai aktiviti kami bersama. Mungkin inilah orang tua-tua selalu kata. Apabila kita keseorangan baru kita sangat menghargai erti sebuah persahabatan.

Mungkin tuhan ingin memberi kesedaran kepada kita supaya lebih menghargai erti persahabatan. Mungkin MBF pun rasa apa yang saya rasa. Setiap hari mesti MBF akan sms saya, walaupun saya tahu sangat susah untuk mendapat line telepon di kampung MBF. Kena naik bukit lagi tu. Apapun, saya mengharapkan semoga MBF rasa tenang bersama dengan keluarga di kampung.

Terima kasih kepada MBF kerana sentiasa bersama dengan saya dalam susah dan senang. Terima kasih kerana menemani saya setiap masa dalam mengharungi erti kehidupan. Apabila saya menangis, anda cuba untuk membuat saya ketawa. Apabila saya 'terjatuh' anda cuba untuk membuat saya 'bangkit' dan terus berjalan menuju ke hadapan. Apabila saya lapar, anda akan datang membawa makanan kepada saya..hahaha. Tapi sekarang, apabila saya kesunyian, saya hanya menghabiskan masa dengan membaca novel. Bila saya lapar, saya hanya makan maggi saja...huhu. Namun saya tahu kehidupan ini harus diteruskan..

Pesanan saya kepa MBF, Apapun, saya sentiasa menyokong anda dari belakang. Jangan takut untuk terus maju ke hadapan apabila telah membuat keputusan. Berpeganglah kepada keputusan yang telah anda buat. Kerana apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. MBF, anda akan menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan dalam hidup ini. Tapi percayalah, apabila segalanya selesai suatu hari nanti, anda sangat menghargai apa yang anda ada pada masa itu. Ia akan menjadi satu kenangan manis dalam hidup anda walaupun anda rasa sangat sengsara dalam menghadapinya. Jangan risau, saya sentiasa bersama dengan anda kerana anda adalah MBF. Kawan-kawan kita yang lain sentiasa ada dengan kita. Jangan rasa mereka telah pergi jauh dari kita kerana masing-masing ada kehidupan tersendiri. Ada masalah tersendiri. Tapi yang pasti mereka sentiasa menyokong dan mendoakan kita berjaya.