Sunday, January 8, 2012

Persahabatan

Sahabat, ia ibarat lilin yang sentiasa menerangi hidup kita. Ia sentiasa menerangi hidup kita dalam mengharungi setiap langkah perjalanan kita. Seorang yang dikatakan sahabat sentiasa bersama kita dalam keadaan susah, senang, ketawa dan menangis. Dia faham apa yang kita suka dan tidak suka. Dia tahu apa yang membuat kita ketawa dan menangis. Dia ikhlas mengatakan apa yang dia rasa kerana tunjang dalam persahabatan adalah keikhlasan. Kerana tanpa keikhlasan, sesebuah persahabatan itu sangat susah untuk dipertahankan. Seseorang sahabat tidak akan membiarkan sahabatnya terjunam ke lembah yang dalam tetapi ia akan mengiringi sahabatnya menuju ke puncak sebuah kehidupan. Ia adalah seorang yang setia di sisi kita dalam mengatakan apa yang betul dan apa yang salah sekiranya kita tersilap dalam membuat perhitungan tentang kehidupan.


SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.